Pusat Servis Mforce KL Kini Terbesar
2026-02-02
Perasmian Pejabat Urusan dan Pusat Servis Mforce Kuala Lumpur di Segambut menandakan kemudahan terbesar MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd. di Malaysia untuk operasi jualan dan selepas jualan motosikal pelbagai jenama di bawah naungannya.

Kemudahan di Segambut ini menggabungkan fungsi pejabat urusan, pusat servis rasmi, ruang pameran dan gudang alat ganti di bawah satu bumbung, bagi memastikan rantaian sokongan kepada pengedar dan pelanggan kekal lancar serta tersusun di kawasan Lembah Klang, dengan tumpuan kepada kelancaran operasi dan keupayaan menampung volume servis lebih tinggi.
Dengan lokasi strategik di Segambut dan kapasiti yang lebih luas, pusat ini dijangka mengukuhkan kehadiran Mforce di pasaran motosikal Malaysia melalui pengurusan perkhidmatan lebih sistematik, masa menunggu servis yang lebih terkawal serta akses lebih mudah kepada alat ganti tulen untuk pemilik model keluaran syarikat tersebut.
Loading...