Ajinomoto Malaysia menuju fasa penswastaan penuh
Information|2026-06-23
Pasaran modal tempatan sekali lagi mengecil. Pengumuman cadangan penswastaan AJINOMOTO Malaysia Berhad (AMB) oleh syarikat induk Jepun, Ajinomoto Co Inc (Ajico), melalui skim pengurangan modal dan pemadaman saham, terus menekan bilangan syarikat pengguna tersenarai. Nilai tawaran dikatakan sekitar RM603.4 juta, satu angka yang meletakkan premium jelas berbanding harga dagangan semasa, sekali gus memberi isyarat bahawa Ajico melihat nilai strategik yang belum tercermin penuh dalam penilaian pasaran terbuka.

Langkah ini bukan sekadar urus niaga korporat. Ia cerminan peralihan kuasa daripada pemegang saham minoriti kepada pengawal utama yang mahu mengukuhkan kawalan ke atas rantaian bekalan, pengurusan kos dan hala tuju pelaburan modal. Melalui mekanisme pengurangan modal berbayar tunai, saham milik pemegang minoriti akan ditebus dan dipadam, lalu pegangan awam susut di bawah keperluan penyenaraian Bursa Malaysia. Selepas itu, proses nyahsenarai menjadi hampir automatik, dan ruang penyertaan pelabur runcit dalam sektor makanan berjenama kembali menyempit.
Bagi pelabur, ganjaran tunai segera kelihatan menarik. Namun harga yang tidak terlihat ialah kehilangan satu lagi saluran pendedahan terus kepada pertumbuhan pasaran bahan perisa dan makanan berfungsi yang bergantung pada skala pengeluaran, kecekapan margin dan pengoptimuman struktur modal. Ajico, dengan kedudukan sebagai pemegang kawalan dan pemilik teknologi, berpeluang penuh untuk leverage aset sedia ada tanpa keperluan ketelusan pasaran ekuiti awam, menjadikan urus niaga ini satu closed-loop strategi nilai dalam kumpulan.